1.0 KONSEP SOLAT JAMAK DAN QASAR
merupakan suatu kelonggaran atau keistimewaan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah dalam menunaikan ibadat
dalil (rukhsah solat): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumannya) daripada kamu kerana manusia dijadikan lemah
rukhsah solat – kemudahan yang diberikan oleh Allah kepada orang Islam untuk menunaikan solat walau dalam apa jua keadaan
tujuan
rukhsah solat – memudahkan seseorang melakukan ibadat secara
berterusan sekalipun dalam musafir atau sakit teruk
2.0 KEHARUSAN SOLAT QASAR
erti: solat fardhu 4 rakaat dipendekkan menjadi 2 rakaat
solatnya ialah: zohor, asar dan isya’
hukum: sunat bagi orang Islam yang musafir 2 marhalah dengan tujuan baik
dalil solat qasar: الصوة من تقصروا أن جناح عليكم فليس الارض فى ضربتم واذا
“dan bila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan solat”
2.1 SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
mesti 4 rakaat
musafir yang baik
perjalanan yang jauh tidak kurang daripada 2 marhalah (± 94 km)
tidak berimamkan imam yang solat sempurna
tahu cara menunaikannya
niat qasar pada takbiratul ihram
تعالى لله قصرا ركعتينالظهر فرض اصلى
kekal perjalanan sebelum memberi salam
3.0 SOLAT JAMAK
· erti: menghimpunkan 2 solat fardhu dan ditunaikan dalam 1 waktu
· solatnya ialah : zohor + asar, Maghrib + isya’
3.1 JAMAK TAKDIM
tunaikan 2 solat dalam 1 waktu. Ditunaikan dalam waktu yang pertama.
contoh: zohor dengan asar dalam waktu zohor
lafaz niat:
تعالى لله تقديم جمع العصر اليه مجموعا ركعات اربع الظهر فرض اصلى
atau
تعالى لله تقديم جمع الظهر الى مجموعا ركعات اربع العصر فرض اصلى
· syarat sah solat jamak takdim:
ditunaikan dalam waktu 1. contoh zohor + asar dalam waktu zohor
tertib – kerjakan solat zohor sebelum asar dan solat maghrib sebelum isya’
niat jamak dalam solat yang pertama
ditunaikan berturut-turut. Tidak boleh diselangi dengan solat sunat dan sebagainya
berkekalan dalam musafir semasa menunaikan solat kedua
3.2 JAMAK TAKHIR
menunaikan 2 solat fardhu dalam waktu solat yang kedua iaitu tunaikan zohor + asar
dalam waktu asar atau maghrib + isya’ dalam waktu isya’
lafaz niat تعالى لله تاخير جمع العصر الى مجموعا ركعات اربع الظهر فرض اصلى
atau
تعالى لله تاخير جمع الظهر اليه مجموعا ركعات اربع العصر فرض اصلى
syarat sah jamak takhir:
ditunaikan dalam waktu ke-2
niat jamak pada waktu pertama
berkekalan musafir sehingga selesai solat kedua
4.0 SOLAT QASAR SERTA JAMAK
solat yang dipendekkan dan dihimpunkan sama ada ditunaikan dalam waktu
pertama (solat qasar dan jamak takdim) atau kedua (solat qasar dan jamak
takhir) mengikut syarat
4.1 TAKDIM
zohor + asar: asalnya 4 rakaat, dihimpunkan setiap satu 2 rakaat zohor dan 2 rakaat asar
boleh himpundalam waktu zohor atau asar
caranya: sembahyang 2 rakaat zohor, salam kemudian bangun dan sambung 2 rakaat asar
lafaz niat: تعالى لله تقديم جمع العصر اليه مجموعا قصرا ركعتين الظهرفرض اصلى
atau
تعالى لله تقديم جمعالظهر الى مجموعاقصرا ركعتين فرض العصر اصلى
4.2 TAKHIR
zohor + asar : buat dalam waktu Asar
maghrib + isya’: maghrib (3rakaat), isya’ (2rakaat) dalam waktu isya’
lafaz niat:
تعالى لله تاخير جمع العشأالى مجموعا ركعات ثلاث المغربفرض اصلى
atau
تعالى لله تاخير جمع المغرب اليه مجموعا قصرا ركعتين فرض العشأ اصلى
5.0 HIKMAT SOLAT JAMAK DAN QASAR
menunjukkan Islam agama yang mudah
menunjukkan ibadat solat mesti ditunaikan dalam apa jua keadaan
untuk memudahkan umat Islam yang sedang musafir untuk solat
supaya umat Islam sentiasa mengingati Allah